Eijau Nusantara
Pengalaman Sambil Belajar Pelajar di Indonesia
Monday, 2 January 2012 | 0 comments
Saya Naviinthiran Arasu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor telah berpeluang untuk menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Indonesia. Program ini ialah anjuran Kelab Pencinta Alam SMKBI dengan bantuan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Lawatan ini telah memberikan banyak pengalaman kepada saya yang harus dimiliki oleh setiap orang.

Dalam lawatan ini kami mengunjungi 3 buah sekolah Negara Indonesia.  Ketiga-tiga sekolah ini merupakan sekolah yang sedang membuat aktiviti-aktiviti pelestarian sekolah. Mereka dipimpin oleh Sekolah Tunas Hijau dan perkara yang menakjubkan dalam hal ini orang yang memimpin sekolah itu adalah daripada pelajar-pelajar Sekolah Tunas Hijau. Tahap kepimpinan mereka sungguh mengagumkan dan merupakan satu perkara yang harus kita contohi. Sekolah pertama yang kami lawati ialah SMK Negeri 10,Surabaya. Sekolah ini sebenarnya ialah sebuah  Sekolah Vokasional. Perkara yang menarik di sekolah ini ialah, sekolah ini dilengkapi dengan Mini Bank. Para pelajar boleh menabung di bank dan para pendidik  pula boleh membuat pinjaman dari bank tersebut dengan kadar bunga yang terendah. Layanan warga sekolah tersebut juga amat menggembirakan. Disana, saya telah membuat sebuah lubang bio-pouri dan menanam sebatang pokok jambu batu di sekolah tersebut.

Selain daripada sekolah, kami juga telah melawat beberapa tempat peranginan yang menjadi tumpuan para pelancong. Antaranya  ialah tempat membuat kerepek dan tempe. Kami telah membeli produk mereka kerana kelazatanya yang cukup memikat. Bukan itu sahaja, kami juga telah melawat Candi Borubudur. Candi ini merupakan candi Buddishm. Tempat yang saya paling suka dalam lawatan ini ialah Candi Borobudur kerana setiap ukiran yang terdapat pada candi itu menceritakan tentang kehidupan manusia serta agama buddishm pada suatu masa dahulu. Lawatan ke candi ini juga boleh membantu saya dalam pelajaran Sejarah, tingkatan 4. Seterusnya, kami juga melawat ke Gunung Merapi. Gunung ini ialah gunung berapi yang masih aktif. Letupan yang terakhir adalah pada tahun 2010, di mana banyak penduduk  kampung tersebut maut. Kami bersyukur ketika melawati tempat tersebut kerana Malaysia terletak di luar Lingakaran Api Pasifik dan bebas daripada gunung berapi sebegini.

Seterusnya,  kami juga berkeseampatan untuk membeli-belah di sana. Antara barang yang menjadi pilihan kami ialah barang yang diperbuat daripada batik seperti kain, baju, beg, selipar, gelang dan sebagainya. Saya seolah-olah rambang mata untuk  memilih barang kerana terlalu banyak pilihannya. Aktiviti membeli-belah ini telah mengajar saya untuk tawar-menawar dengan penjual. Walaupun lawatan ini dipenuhi dengan kenangan manis terdapat juga kenangan pahit yang berlaku disana saat saya dan kawan-kawan saya ditipu oleh seorang penarik beca. Ketika itu, kami mengambil sebuah beca untuk membeli-belah. Pada mulanya, penarik beca tersebut menawarkan dengan harga  RP5000  tetapi apabila tiba di hotel, harganya melambung tinggi menjadi RP100000. Bagaimanapun, kami terpaksa membayar wangnya kepada penarik beca tersebut kerana tidak mahu bergaduh. RP100000 tersebut bersamaan dengan RM35 dan pengalaman yang saya peroleh di sana akan saya jadikan sebagai satu iktibar walau ke mana jua  tempat yang saya kunjungi.

Tuntasnya, lawatan ini telah memberi saya banyak pengalaman dan  kenangan manis persis kata peribahasa Melayu, jauh perjalanan,luas pengetahuan. Saya juga harap pada masa yang akan datang, saya dapat menyertai lawatan sebegini ke Negara lain. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur lawatan ini. (Navinthiran - SMK Bukit Indah)


Older Post | Newer Post
TUNZA Green School
PIPL PIBG SM Damansara Damai 1
No.2, Jln PJU 10/1
Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
Malaysia
Email : eeyawa@yahoo.com
Email : pibgsmdd1@gmail.com



Credit
Basecode by : Farhan Kerewx
Re-Edit by : RA
Background by : FPA
Created by : AmarHadzwan
Copyright © Eijau Nusantara