Eijau Nusantara
Mesyuarat Penetapan Hala Tuju Program Pendidikan Alam Sekitar Dalam Transformasi Kurikulum
Thursday, 12 January 2012 | 0 comments
Tanggal 9 hingga 11 November yang lalu Mohd Fikri b Mohd Bakri telah dijemput menghadiri satu Mesyuarat Penetapan Hala Tuju Program Pendidikan Alam Sekitar Dalam Transformasi Kurikulum yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung di PNB Ilham Resort, Port Dickson. 


Saya juga di beri peluang menyertai mesyuarat ini dan ia dapat memberi pendedahan yang terbaik bagi diri saya. Mesyuarat ini bertujuan untuk mencari input terbaik dalam memastikan Transformasi Kurikulum berkaitan Pendidikan Alam Sekitar yang bakal dibuat selari dengan perkembangan kurikulum semasa. Kami berasa bangga kerana dapat untuk menyumbang dan pengalaman bagi memastikan objektif mesyuarat mencapai sasaran. Segala idea dan input yang diberikan adalah hasil dari pengalaman kami terlibat dalam program-program pendidikan alam sekitar di sekolah-sekolah khasnya di Selangot, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Selain itu, kami turut mendapat idea baru hasil perkongsian bersama peserta-peserta yang lain. Segala input yang diberikan diharap dapat membantu pihak BPK dalam memastikan Pendidikan Alam sekitar di sekolah mencapai objektif yang disasarkan. Sekian. (Isma Mokhlas)

Older Post | Newer Post
TUNZA Green School
PIPL PIBG SM Damansara Damai 1
No.2, Jln PJU 10/1
Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
Malaysia
Email : eeyawa@yahoo.com
Email : pibgsmdd1@gmail.com



Credit
Basecode by : Farhan Kerewx
Re-Edit by : RA
Background by : FPA
Created by : AmarHadzwan
Copyright © Eijau Nusantara