Eijau Nusantara
Lawatan Ke Surabaya - SMK Bukit Indah
Friday, 13 January 2012 | 0 comments
Surabaya, 15 hingga 23 Disember yang lalu, satu lawatan sambil belajar ke Indonesia telah berlangsung yang disertai oleh pelajar dan guru dari SMK Bukit Indah. Lawatan tersebut telah diuruskan Eijau, Greenwood Nusantara dan Tunas Hijau dari Indonesia.

Saya berpeluang mengikuti lawatan ini dan ia berjaya memberi pendedahan kelestari linungan hidup. Objektif sebenar lawatan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama serta bertukar-tukar idea dan pendapat dalam program Pendidikan Alam Sekitar di antara SMK Bukit Indah dan tiga buah sekolah di Surabaya yang rata-ratanya mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam mewujudkan kelestarian alam sekitar di sekolah mereka. Tunas Hijau selaku NGO Alam Sekitar yang aktif di sana, telah banyak menyumbang tenaga dan idea dalam membantu sekolah-sekolah tersebut mencapai sasaran dalam Pendidikan Alam Sekitar. Kami bersama guru dan pelajar mendapat banyak pendedahan yang baru serta idea-idea yang bernas yang boleh diadaptasi di tanah air apabila pulang nanti. Perbezaan uang ketara boleh dilihat pada pelajar-pelajar mereka dimana segala usaha dan aktiviti yang dilakukan adalah bertunjangkan kesungguhan, keikhlasan, ketabahan, fokus serta amanah. Kelebihan-kelebihan ini telah dapat menghasilkan sesuatu output yang berkesan, mencapai sasaran dan berterusan. 

Apa yang boleh saya kongsikan disini ialah kepadatan serta kesempitan ekonomi telah mengajar mereka untuk menggunakan segala apa yang ada disekiling mereka serta mengolah setiap sesuatu itu untuk dijadikan hasil pendapatan bagi menampung perbelanjaan sekolah dan pelajar. Tidak hairanlah sekiranya ada di antara sekolah tersebut mempunyai bank sendiri, kedai runcit, Bank Sampah, agen pelancongan serta hasil ternakan dan pertanian yang dikomersialkan menjadi produk yang di luar jangkaan kita. Selain itu kami turut melawat tempat-tempat menarik seperti Lumpur Lapindo, Pantai Kenjeran, pusat pembuatan kerepek, pusat industri kulit "Tanggulangin", Kraton Solo, Candi Borobodur dan Gunung Merapi. Diakhir lawatan, kami membeli belah di Malioboro dimana di sana pusat pakaian, beg dan cenderahati yang boleh ditawar dengan harga yang rendah. Selama hampir 10 hari berada di Surabaya, Solo, Malang dan Yogyakarta, banyak pengalaman, ilmu dan pengajaran yang dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang berharga untuk kehidupan. Apa yang dilihat, kehidupan mereka disana terlalu padat dan ada di antaranya perlu bersaing bagi meneruskan kehidupan. Mereka tidak pernah mengenal erti penat, putus asa serta sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa sahaja bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Apa yang terjadi di sana hendaklah dijadikan iktibar agar kita sentiasa bersyukur dengan segala apa yang sudah kita miliki. Sekian (Isma Mokhlas)

Older Post | Newer Post
TUNZA Green School
PIPL PIBG SM Damansara Damai 1
No.2, Jln PJU 10/1
Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
Malaysia
Email : eeyawa@yahoo.com
Email : pibgsmdd1@gmail.com



Credit
Basecode by : Farhan Kerewx
Re-Edit by : RA
Background by : FPA
Created by : AmarHadzwan
Copyright © Eijau Nusantara